Awal Kerjaya James_Buchanan

James Buchanan dilahirkan di bahagian Pensilvania pada 23 April 1791.

Orang tuanya termasuk orang yang berada. Buchanan sendiri memiliki bakat sebagai ahli debat dan mahir dalam bidang undang-undang. Kerjayanya termasuk; lima kali terilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat, menjawat Duta Amerika Syarikat di Rusia, menjadi anggota senat selama sepuluh tahun berturut-turut, menjadi menteri luar negeri di bawah Presiden James K. Polk, dan menjadi Duta Amerika untuk Inggeris di bawah Presiden Franklin Pierce. Selama ia menjabat sebagai Menteri Luar Negeri, rakyat Amerika menghargainya karena kepandaiannya dalam mengadakan perundingan-perundingan diplomatik, ucapan-ucapannya yang tegas dan moderat di muka umum. Tetapi ia gagal dalam mencapai projek yang sangat ia inginkan, iaitu menjadikan Cuba masuk dalam wilayah Amerika Syarikat dengan jalan pendudukan atau pembelian, suatu rencana yang terus menerus ia usahakan selama ia bergerak dalam bidang politik.